Video ringkas tentang PENGURUSAN PEMBELAJARAN oleh saya sendiri :)


https://www.youtube.com/watch?v=8UjGJgP87Fc&rel=0


PENGURUSAN MASA 


PENGERTIAN MASA

1)Masa adalah sesuatu yang bernilai dan bermakna bagi seseorang individu

2)Setiap individu dianugerahkan masa yang sama rata iaitu 24 jam sehari dan akan melalui peredaran masa yang sama.

3)Masa merupakan hak peribadi bagi setiap individu bermaksud individu itu sendiri yang perlu mengatur masa untuk melakukan pelbagai aktiviti harian.




CIRI-CIRI MASA


  • Jumlah masa yang terhad iaitu 24 jam sehari
  • Terlalu singkat
  • Tidak boleh diundur ke belakang atau ke masa lalu
  • Boleh dikawal oleh individu itu sendiri
  • Boleh diurus dengan baik dan teratur jika seseorang individu itu menghargai masa yang ada.




BAGAIMANA PEMBAZIRAN MASA BOLEH BERLAKU ?

1.Selalu tangguh kerja               




  • Tiada disiplin
  • Tiada perancangan tugas
  • Tiada objektif yang jelas
  • Kurang kemahiran dalam menjalankan tugas
  • Gagal menyenaraikan keutamaan dalam bertindak
  • Tiada jadual dan norma yang teratur




TUJUAN PENGURUSAN MASA :


1.Supaya dapat membahagikan masa dengan wajar 

2.agar kehidupan harian kita lebih teratur dan tersusun

3.Menepati masa ikut jadual yang telah ditetapkan

4.Tentukan kaedah urus masa mengikut kehendak dan keselesaan.




FAEDAH MENGURUS MASA DENGAN BAIK :

1.Mencapai hasil yang terbaik

2.Mencapai kehidupan yang seimbang

3.Mengurangkan tekanan ketika menyelesaikan tugasan

4.Dapat menyempurnakan tugas-tugas dengan baik dan teratur

5.Mengelak "last minute revision"

6.Dapat menjaga kesihtan dengan baik

7.Lebih faham apa yang dipelajari










Apa itu pengurusan pembelajaran? 

Pengurusan adalah satu seni melakukan kerja sama ada secara individu mahupun berkumpulan supaya kerja yang dijalankan teratur dan terurus seperti yang dirancangkan. Manakala pembelajaran pula membawa maksud perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam satu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut.

Gaya Pembelajaran : 




a) Kaedah sumbang saran
b) Kaedah tunjuk cara
c) Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
d) Kaedah perbincangan atau penyelesaian masalah
e) Kaedah projek